Alisya!! Oi Alisya!! Cepat, bas
dah nak gerak tu .... Ya Allah.. budak ni.. kau tak nak balik kampung ke ?
Alisya!!!!jerit Sofea
apabila lihat sahabatnya itu tidak bergerak.
Ya !! Ya!! Aku datang ni. Balasku setelah tersentak
dari lamunan dek jeritan sahabatku, Sofea..
“ishh.. Sofea ni, nak jerit nama aku pun agak-agak la.. macam petir !! Apapun dialah
sahabat sejati aku dari bangku sekolah hinggalah ke puncak universiti.. sering
bersamaku ketika susah dan senang, eh aku ni, tiba-tiba emo pulak.hehehhh
“Kau ni kenapa? Mengelamunnn...tak
habis-habis, aku panggil kau banyak kali pun kau tak sedar kan?” Sofea
memuncungkan mulutnya.
“Sorrylah kawan aku yang
comel plus cun melecun ni... aku bukan mengelamunnn...aku rasa seronok dan tak
sabar nak balik kampung.. aku dah boleh bayangkan suasana kampung kita
sekarang, aahhh tak sabarnya nak sampai ke kampung !!!!”balas Alisya dengan
penuh excited dengan gayanya lagi membayangkan suasana kampung halaman yang
amat disayangi. Sekarang mereka telah berada di dalam perut bas.
“Aku pun rasa macam tu
jugak.. tak sabar nak tengok transformasi di kampung kita tu. Al-maklumlah
hampir 5 tahun kita tidak menjejakkan
kaki di tanah air kita ni kerana melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Pasti
banyak perubahan yang berlaku..”ujar Sofea sepertinya dia juga boleh
membayangkan keadaan kampung mereka sekarang.
“Transformasi pertama. Cuba
kau tengok bas yang kita naik ni, bas ni lebih moden dan berteknologi tinggi
berbanding dahulu. Bas sekarang mampu terbang di udara, tidak lagi menggunakan
tayar untuk bergerak, begitu juga dengan kenderaan lain.” Kata Alisya sambil
matanya meliar ke seluruh pelusuk bas itu. Sekaligus kagum sebenarnya.
“Tempat duduk di dalam bas
sekarang lebih selesa berbanding dahulu. Kita juga boleh membuat pesanan
makanan dan minuman di dalam bas dengan menggunakan khidmat talian yang
terletak di dinding bas ini. Dalam masa 10 minit pelayan yang berada di dalam
bas ini akan menghantar pesanan kita tadi. Harganya juga amat berpatutan.”tambah
Sofea pula.
“Wow, hebat sungguhkan zaman
sekarang ni.. tapi kalau tak silap aku, perkhidmatan itu hanya ada apabila
perjalanan kita melebihi 1 jam, kan?” Soal Alisya.
“Sofea, aku kagum sangat
dengan negara kita sebab mampu menjana teknologi serba minda dan canggih pada
zaman sekarang iaitu pada tahun 2033. Masyarakat sekarang telah membuka minda
mereka untuk mencipta pelbagai benda baharu.”ujar Alisya dengan penuh semangat.
Sofea menganggukkan kata-kata Alisya itu tadi, tanda setuju.
Perbualan mereka tentang
transformasi negara terhenti dengan satu pengumuman oleh pelayan di dalam bas, “Perhatian
kepada semua penumpang bas EXO – FIRST, kita sudah tiba ke destinasi yang di
tuju. Anda boleh mula bergerak turun. Harap anda menyenangi dengan layanan kami
dan akan menggunakan lagi perkhidmatan kami di lain hari. Terima kasih.”
“Eh Sofea, jom turun. Pelayan bas dah buat pengumuman
tu.”ajak Alisya. Mereka telah tiba di stesen bas berdekatan kampung mereka
iaitu Kampung Sejora Kenanga.
“A’ah, jomlah.. Tak
sangkakan kita berborak hampir 2jam setengah.”ujar Sofea seperti tidak percaya
mereka berbual selama itu. “Alisya, kau balik dengan siapa?”
“Rindunya anak mak niii...
lamanya tak jumpa !!!”kata Puan Rafidah seraya memeluk anak bongsunya itu. Dia juga
sempat meneliti anaknya itu, Alisya tidak banyak berubah cuma sedikit kurus,
mungkin akibat penat belajar. Apapun Puan Rafidah bersyukur pakaian, pertuturan
serta tingkah laku anaknya itu tidak terpengaruh dengan ajaran barat.
“Alisya pun rindu mak dan
ayah, rindu sangat-sangat!!”balas Alisya lantas mengeratkan lagi pelukannya.
“Eh Sofea mak ayah datang
ambil ke?”tanya Puan Rafidah kepada sahabat anaknya itu.
“A’ah, tapi tak sampai lagi.
Mungkin dalam perjalanan.”balas Sofea.
“hah
tu pun mak dan ayah dah datang. Mak cik , pak cik Sofea minta diri dulu. Alisya
nanti jumpa lagi!!!” Sofea segera berlari ke arah ibu bapanya, tak sabar untuk
pulang ke rumah.
Alisya dan keluarganya juga
turut pulang ke rumah mereka dengan menaiki kereta di udara. Jelas pemandangan
dari atas amat cantik. Bangunan-bangunan juga telah berubah reka bentuknya. Bengunan-
bangunan juga dibina tidak terlalu tinggi kerana bimbang akan mengganggu
perjalanan di udara.
###################################################################
Di rumah,
“Alisya, jom makan.. mak dah
masak special untuk Alisya.” Panggil Puan Rafidah sambil menghidangkan makanan.
“urmmpphh...wanginya!!! mak
masak apa ni?”kecur air liur Alisya dengan wangian masakan ibunya yang
sesungguhnya dirindui. Mana tidaknya, di Perth, Australia tempat dia menimba
ilmu itu mana ada masakan seperti ini.
“masak lemak cili padi ikan
patin, sambal belacan dan ulam-ulaman, khas untuk anak bongsu mak ni.”balas
Puan Rafidah dengan wajah yang ceria.
Walaupun zaman telah moden,
ikan-ikan tetap menjadi makanan manusia di planet bumi. Ikan-ikan juga
ditangkap dengan kaedah moden. Para nelayan tidak lagi perlu bersusah payah
menjala di laut. Kini, terdapat jaring tarikan ikan yang di pasang setinggi 10
meter dari permukaan laut yang berfungsi menarik ikan apabila ikan berenang
menghampiri permukaan laut. Nelayan hanya akan pergi ke jaring itu dan mengutip
ikan-ikan yang tertarik ke jaring dengan menaiki kereta udara. Hal ini dapat
memudahkan kerje-kerja nelayan.
Setelah perut kenyang,
bantal dan tilam pula memanggil-manggil. “mak, Alisya nak tidur sekejap. Nanti
mak pukul 5 petang mak tolong kejutkan Alisya ea..”kata Alisya kepada Puan
Rafidah sambil tersengih-sengih sebelum menuju ke biliknya.
###################################################################
Alisya!! Alisya!!!! Bangunnnn!!!!
ishh .... liat sungguh budak ni nak bangun.
ALIIISYAAAAAA!!!!
“Aaahh...yayaya dah pukul 5
petang ke mak ??”tanya Alisya sambil memisat-misat matanya.
“mak apanya kau ni!! Aku ni
Sofea, ish kau ni aku dengan mak kau pun tak boleh beza ke?? Kita dah sampai
stesen bas dekat dengan kampung kita ni. Jom turun. pak cik pemandu bas suruh kita turun cepat. Tinggal kita sahaja lagi dalam bas ni.”ujar Sofea
kepadaku yang kelihatan terpinga-pinga ini.
“Ooohh.. ok, jom turun.”
balasku kepada Sofea. Jadi, tadinya aku hanyalah bermimpi. Tapi, apakah mungkin
semua itu akan benar-benar terjadi pada tahun 2033, iaitu tahun transformasi???
hahahahh..
cerpen karya pertama... (kerja sekolah bm) hope enjoy : )