Sunday, 29 December 2013

Cerpen bertemakan FUTURISTIK

 Fantasiku

Alisya!! Oi Alisya!! Cepat, bas dah nak gerak tu .... Ya Allah.. budak ni.. kau tak nak balik kampung ke ?

Alisya!!!!jerit Sofea apabila lihat sahabatnya itu tidak bergerak.

Ya !!  Ya!! Aku datang ni. Balasku setelah tersentak  dari lamunan dek jeritan sahabatku, Sofea.. “ishh.. Sofea ni, nak jerit nama aku pun agak-agak la.. macam petir !! Apapun dialah sahabat sejati aku dari bangku sekolah hinggalah ke puncak universiti.. sering bersamaku ketika susah dan senang, eh aku ni, tiba-tiba emo pulak.hehehhh

“Kau ni kenapa? Mengelamunnn...tak habis-habis, aku panggil kau banyak kali pun kau tak sedar kan?” Sofea memuncungkan mulutnya.

“Sorrylah kawan aku yang comel plus cun melecun ni... aku bukan mengelamunnn...aku rasa seronok dan tak sabar nak balik kampung.. aku dah boleh bayangkan suasana kampung kita sekarang, aahhh tak sabarnya nak sampai ke kampung !!!!”balas Alisya dengan penuh excited dengan gayanya lagi membayangkan suasana kampung halaman yang amat disayangi. Sekarang mereka telah berada di dalam perut bas.

“Aku pun rasa macam tu jugak.. tak sabar nak tengok transformasi di kampung kita tu. Al-maklumlah hampir 5  tahun kita tidak menjejakkan kaki di tanah air kita ni kerana melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Pasti banyak perubahan yang berlaku..”ujar Sofea sepertinya dia juga boleh membayangkan keadaan kampung mereka sekarang.

“Transformasi pertama. Cuba kau tengok bas yang kita naik ni, bas ni lebih moden dan berteknologi tinggi berbanding dahulu. Bas sekarang mampu terbang di udara, tidak lagi menggunakan tayar untuk bergerak, begitu juga dengan kenderaan lain.” Kata Alisya sambil matanya meliar ke seluruh pelusuk bas itu. Sekaligus kagum sebenarnya.

“Tempat duduk di dalam bas sekarang lebih selesa berbanding dahulu. Kita juga boleh membuat pesanan makanan dan minuman di dalam bas dengan menggunakan khidmat talian yang terletak di dinding bas ini. Dalam masa 10 minit pelayan yang berada di dalam bas ini akan menghantar pesanan kita tadi. Harganya juga amat berpatutan.”tambah Sofea pula.

“Wow, hebat sungguhkan zaman sekarang ni.. tapi kalau tak silap aku, perkhidmatan itu hanya ada apabila perjalanan kita melebihi 1 jam, kan?” Soal Alisya.

“A’ah.. perkhidmatan ini ada sekiranya tempoh perjalanan kita melebihi daripada 1 jam sahaja.”jawab Sofea.

“Sofea, aku kagum sangat dengan negara kita sebab mampu menjana teknologi serba minda dan canggih pada zaman sekarang iaitu pada tahun 2033. Masyarakat sekarang telah membuka minda mereka untuk mencipta pelbagai benda baharu.”ujar Alisya dengan penuh semangat. Sofea menganggukkan kata-kata Alisya itu tadi, tanda setuju.

Perbualan mereka tentang transformasi negara terhenti dengan satu pengumuman oleh pelayan di dalam bas, “Perhatian kepada semua penumpang bas EXO – FIRST, kita sudah tiba ke destinasi yang di tuju. Anda boleh mula bergerak turun. Harap anda menyenangi dengan layanan kami dan akan menggunakan lagi perkhidmatan kami di lain hari. Terima kasih.”

“Eh  Sofea, jom turun. Pelayan bas dah buat pengumuman tu.”ajak Alisya. Mereka telah tiba di stesen bas berdekatan kampung mereka iaitu Kampung Sejora Kenanga.

“A’ah, jomlah.. Tak sangkakan kita berborak hampir 2jam setengah.”ujar Sofea seperti tidak percaya mereka berbual selama itu. “Alisya, kau balik dengan siapa?”

“Ooh, mak dengan ayah aku datang ambil aku ? hah tu pun mereka!!” Balas Alisya sambil tangannya melambai-lambai ke arah kedua-dua ibu bapa yang disayanginya dengan wajah yang penuh keriangan.

Alisya terus menyalami kedua-dua ibu bapanya yang amat dirindui, diikuti Sofea turut menyalami ibu kepada sahabat baiknya itu.

“Rindunya anak mak niii... lamanya tak jumpa !!!”kata Puan Rafidah seraya memeluk anak bongsunya itu. Dia juga sempat meneliti anaknya itu, Alisya tidak banyak berubah cuma sedikit kurus, mungkin akibat penat belajar. Apapun Puan Rafidah bersyukur pakaian, pertuturan serta tingkah laku anaknya itu tidak terpengaruh dengan ajaran barat.

“Alisya pun rindu mak dan ayah, rindu sangat-sangat!!”balas Alisya lantas mengeratkan lagi pelukannya.

“Eh Sofea mak ayah datang ambil ke?”tanya Puan Rafidah kepada sahabat anaknya itu.
“A’ah, tapi tak sampai lagi. Mungkin dalam perjalanan.”balas Sofea.

 “hah tu pun mak dan ayah dah datang. Mak cik , pak cik Sofea minta diri dulu. Alisya nanti jumpa lagi!!!” Sofea segera berlari ke arah ibu bapanya, tak sabar untuk pulang ke rumah.

Alisya dan keluarganya juga turut pulang ke rumah mereka dengan menaiki kereta di udara. Jelas pemandangan dari atas amat cantik. Bangunan-bangunan juga telah berubah reka bentuknya. Bengunan- bangunan juga dibina tidak terlalu tinggi kerana bimbang akan mengganggu perjalanan di udara.

###################################################################

Di rumah,

“Alisya, jom makan.. mak dah masak special untuk Alisya.” Panggil Puan Rafidah sambil menghidangkan makanan.

“urmmpphh...wanginya!!! mak masak apa ni?”kecur air liur Alisya dengan wangian masakan ibunya yang sesungguhnya dirindui. Mana tidaknya, di Perth, Australia tempat dia menimba ilmu itu mana ada masakan seperti ini.

“masak lemak cili padi ikan patin, sambal belacan dan ulam-ulaman, khas untuk anak bongsu mak ni.”balas Puan Rafidah dengan wajah yang ceria.

Walaupun zaman telah moden, ikan-ikan tetap menjadi makanan manusia di planet bumi. Ikan-ikan juga ditangkap dengan kaedah moden. Para nelayan tidak lagi perlu bersusah payah menjala di laut. Kini, terdapat jaring tarikan ikan yang di pasang setinggi 10 meter dari permukaan laut yang berfungsi menarik ikan apabila ikan berenang menghampiri permukaan laut. Nelayan hanya akan pergi ke jaring itu dan mengutip ikan-ikan yang tertarik ke jaring dengan menaiki kereta udara. Hal ini dapat memudahkan kerje-kerja nelayan.

Setelah perut kenyang, bantal dan tilam pula memanggil-manggil. “mak, Alisya nak tidur sekejap. Nanti mak pukul 5 petang mak tolong kejutkan Alisya ea..”kata Alisya kepada Puan Rafidah sambil tersengih-sengih sebelum menuju ke biliknya.

###################################################################

Alisya!! Alisya!!!! Bangunnnn!!!! ishh .... liat sungguh budak ni nak bangun.

ALIIISYAAAAAA!!!!

“Aaahh...yayaya dah pukul 5 petang ke mak ??”tanya Alisya sambil memisat-misat matanya.

“mak apanya kau ni!! Aku ni Sofea, ish kau ni aku dengan mak kau pun tak boleh beza ke?? Kita dah sampai stesen bas dekat dengan kampung kita ni. Jom turun. pak cik pemandu bas suruh kita turun cepat. Tinggal kita sahaja lagi dalam bas ni.”ujar Sofea kepadaku yang kelihatan terpinga-pinga ini.

“Ooohh.. ok, jom turun.” balasku kepada Sofea. Jadi, tadinya aku hanyalah bermimpi. Tapi, apakah mungkin semua itu akan benar-benar terjadi pada tahun 2033, iaitu tahun transformasi??? 

hahahahh.. cerpen karya pertama... (kerja sekolah bm) hope enjoy : )

Wednesday, 11 December 2013

Sajak bertemakan KEMANUSIAAN

LUKA ...

Luka

tangisan demi tangisan
rintihan demi rintihan
namun tidak dihiraukan
malah semakin rancak
memahat luka di tubuh si kecil

Luka

tiada lagi kasih sayang
mahupun belas kasihan
hanya kesakitan, kesedihan
serta kedukaan
menjadi peneman sejati

Luka 

kehadirannya amat memeritkan
tubuh kecil tidak tertahan
akhirnya menjadi korban
tidak seperti teman yang lain
ditatang bagai minyak yang penuh

Mana ?

mana pergi perikemanusiaan si ibu dan ayah ?
tidak adakah sekelumit pun rasa kasih dan sayang ?
sedarlah wahai manusia
sedarlah betapa berharganya satu nyawa itu
dan tiada galang gantinya


                                                                                  
                                                              FATIN FARHAYU MOHD SALIM
                               4SAKSAMA_SEHEBAT <3
                                                                                                                                                                                                 
sorry kalau tak menarik dan bnyak kekurangan .. harap Cikgu Din boleh terima ,hehehh :)